PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku, Aamiin..

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SEMUT HITAM

4 tahun yang lepas

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA KAMI & IBU BAPA KAMI. KURNIAKANLAH KAMI KESIHATAN YANG BAIK. KURNIAKANLAH KAMI REZEKI YANG MELIMPAH. SELAMATKANLAH PERJALANAN HIDUP KAMI DI DUNIA & AKHIRAT...AMINN

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga Allah bertemu Ku dengan jodoh pilihan Allah,di lapangkan segala kesulitan,di kurniakan rezeki yg berlimpahan,di permudahkan segala urusan.,

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

4 tahun yang lepas

Ya Allah.Jagalah keselamatan kandungan Nor Aini Bt Mohamad Kassim.Moga membesar dengan baik di tempt sepatutnya.jauhilah kandungan luar rahim.kurangkan lah alahan.bagilah kami anak lelaki yg terbaik

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

4 tahun yang lepas

Ya Allah,alirkan pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,keturunanku,seluruh umatMu,kurniakan aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg blh membantu aku bdakwah dunia akhirat.amin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: