PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah kau berkatilah rezeki yang aku terima. Limpahkan rezeki yang Tak putus2 seperti mengalirnya air zam-zam kepada ku, suami dan seluruh ahli keluargaku.Ampunkan segala dosa ku & kedua ibu bapaku

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

alfahtihah kepada arwah cikgu Rosli bin borhan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

YA ALLAH..TERIMALA SEDEKAHKU INI..SEMUANYA KERANAMU YA ALLAH...

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

YA ALLAH...TERIMALAH AMAL KAMI..SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI..AAMIIN

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah Ya rahman ya Rahim, izinkan suamiku utk menafkahi aku & anakku semula. Semoga ada berita gembira utk rezeki pekerjaan baru suamiku dalam masa terdekat ini ya Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku, tempatkan mereka di syurgaMu tanpa hisab, kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: