PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

doakan saya mendapat redha Allah, amalan diterima Allah, segala dosa diampuni dan doakan saya berjaya dunia dan akhirat,

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, redhaila segala perbuatan ku. Terimalah ibadah kami. Ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa & semua yang dikasihi. Semoga kami dapat meningkatkan keimanan & ibadah dalam bulan mulia ini dan konsisten sentiasa. Ya Allah, murahkanlah rezeki & matikan kami dlm husnul khotimah. Ya Allah berilah aku smenagt untuk belajar, aku berharap aku, rakan2 dan abgku dapat result yg baik.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Moga dimudahkan urusan yg terlibat di banjir Baling

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga urusan bantuan dipermudahkan dan berjalan lancar. Mangsa banjir diberi kekuatan dan ketabahan serta dimurahkan rezeki..doakan juga sy dkurniakan jodoh dgn orang yg tepat pd waktu yg tepat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORZAKY NURDRAVEN

3 tahun yang lepas

Semoga kampen berjalan,meringankan beban mereka yg susah,,semoga saya dan keluarga juga dipanjangkan Umur,Umur yg berkat,murah rezeki,diberi kebahagiaan dan kesihatan yg baik,,Aamiin YRA

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan anak saya Nur Latifah Abdul Rashid berjaya melanjtkan pelajaran ke mana² IPTA.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: