Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama DâOlive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.
Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.

Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.

Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hamba Allah
Mohon doakan semoga Atiqah dapat kerja lain yg lebih baik secepat yg mungkin jikalau diizinkan tahun ni juga… Amin YRA.. mohon doakan semoga Atiqah diberi rezeki yg melimpah ruah seluasnya supaya dapat membantu ibu bapanye dan memberi sedekah yg lebih kepada yg memerlukan. Amin YRA
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku, dosa orang tuaku, dosa mentuaku, dosa keluargaku dan ampunilah dosa arwah suamiku Muhammad Rozaini Ezra bin Rozni. Jauhkanlah arwah suamiku dari seksa kubur dan api neraka. Semoga semua amalan dan ibadah kami di terima dan semoga pahala dari sumbangan ini sentiasa mengalir. Amin.
Anda dan 6 orang mengaminkan doa ini