PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, dengan sumbangan ini dapat meringankan beban kepada yang memerlukan di luar sana, semoga aku dibuka kan pintu rezeki yang luas dah diampun kan segala dosaku.. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YA ALLAH YA TUHAN KU AKU MOHON PADA MU, LINDUNGKANLAH KELUARGA KAMI SEMUA DAN MURAHKAN REZEKI KAMI.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat, ampun kan dosa kami, terimalah taubat kami, sucikan hati kami, kurniakan kaminrezeki yang melimpah ruah, jadikan la kami orang yang beriman, Berilah rezeki kepada mereka yang kurang berkemampuan, amiin ya rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah di dunia dan juga di akhirat sana.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah sempena jumaat, redhaila segala perbuatan & Terimalah ibadah kami. Ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa & semua yang dikasihi. Semoga kami dapat meningkatkan keimanan & ibadah dalam bulan ini dan konsisten sentiasa. Ya Allah, murahkanlah rezeki & matikan kami dlm husnul khotimah. Ya Allah berilah aku semangat untuk belajar, aku berharap kami (rakan2 & abgku dapat result yg baik).

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan saya dan keluarga dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala musibah & sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: