PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah. Berilah kami rezki untuk kami bayar hutang dan bantu diri dan keluarga serta mereka yang memerlukan. Kami berhajat untuk bina rumah di kampung bersama kedua ibubapa kami ya Allah. Percepatkan rezki kami ya Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni la dosa-dosa kedua ibubapa ku. Jauhi lah mereka dari azab dan seksaan kubur dan azab dan seksaan api neraka. Berilah mereka syurga firdaus mu tanpa hisab. Aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati ibu saya. Semoga segala urusan pengajian PhD saya dipermudahkan Dan diizinkan utk bergraduat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YA ALLAH KEMBALIKAN KEDUDUKAN BAYIKU DALAM KANDUNGAN ISTERIKU. JANGAN DI SONGSANGKAN YA ALLAH. DAN KAU PERMUDAHKAN URUSAN KERJA SYARIKAT KAMI, LIMPAHKAN REZKI BERKAT SUPAYA KAMI DPT MENGURUSKAN SYARIKAT DARI REZKI HALAL SETERUSNYA BERINFAQ KE JALANMU YA ALLAH

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa kami, terimalah taubat kami. Tentukanlah sebaik baik kesudahan kepada kami. Matikanlah kami dalam kalangan orang beriman dan dalam husnul khatimah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: