PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Pahala infaq disedekahkan kpd arwah NoryatiKasmin & Hj Kasmin Hj Alias

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dgn sumbangan yg sekecil ni memberikan kesihatan yg baik utk semua beribadah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah aku meminta redho dan rahmatmu Ya Allah ampunkan dosaku dosa kedua ibubapaku dan dosa2 seluruh umat nabi Muhammad saw Ya Allah terimalah amal2 ibadahku dan Amal2 ibadah kedua ibubapaku dan Amal2 seluruh umat nabi Muhammad saw

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampun kan dosa-dosa kami sekeluarga. Permudah kan urusan kami akhirat dan dunia. Kuat kan iman kami dah jauh kan kami dari penyakit yg merbahaya. Temu kan kami ke dgn lailatul Qadr dan kurniakan kami kematian dalam husnol Khotimah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah kami ketenangan, kekuatan, kesihatang yang berkekalan, kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. aamiiiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: