PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

ABDULLAH

3 tahun yang lepas

Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ARWAH HAJAH FATIMAH BINTI HAJI ABU BAKAR

3 tahun yang lepas

Arwah Haji Mohd Rosli Bin Awang Ahamat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, ibu bapaku, dan orang sekelilingku. Mudahkan lah urusan kami, murahkan lah rezeki kami Ya Allah. Kau limpahkan laa kurniamu. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Permudahkan urusan keluargaku dunia dan akhirat, ampunilah dosa kami serta masukkan kami ke syurgumu YA ALLAH. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah rahmatilah dan berilah perlindungan kepada kami semua dari seksaan api neraka ampunkanlah dosa2 kami permudahkan rezeki kami sekeluarga dan matikan kami dalam beriman kepada mu ya Allah rahmatilah kami semua... Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ampunilah segala dosa kami..Permudahkanlah urusan kami... Berikanlah kelapangan hati ini.. Kurniakanlah kami rezeki yang melimpah ruah dan barokah... Tetapkanlah iman dan islam kami.. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: