PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.


Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.


Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.




No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
darulinsyirah2013@gmail.com
60107925844
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, kau ampuni dosa2 ku Ya Allah, kau berkatilah hidup aku, rahmatilah kehidupanku, murahkan la rezeki dan permudahkan lah segala urusan ku serta orang sekelilingku ya Allah. Kau bahagiakan la mereka yang memerlukan.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga saya sihat waalfiat dikabulkan semua impian dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan amin...

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURUL AZALINA ZUKILFI

1 tahun yang lepas

Ya Allah,aku hanyalah hamba- Mu, hamba yang sentiasa menzalimi diri sendiri hamba yang kufur pada nikmat-Mu hamba yang mengikut hawa nafsu. ampuni lah dosa2ku .

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki . Aminnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Mudahkan urusan saya dunia dan akhirat, lancarkn rezeki sya, smoga bisa lebih byk memberi kpd yg memerlukan, berikan sya ketenngan dunia akhirat, smoga bisa menjadi ank yg mengangkat darjat ibubapa sya, di berikan jodoh yg terbaik dunia akhirat, dan bisa berkumpul kelak di syurga bersama² org² soleh dan soleha kelak aamiin..

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga sumbangan saya dapat mengurangkan bebanan mereka Aminn.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: