PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.


Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.


Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.




No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
darulinsyirah2013@gmail.com
60107925844
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga saya sihat waalfiat dikabulkan semua impian dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan amin...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kami, lindungi kami dunia akhirat, luaskan rezeki kami, permudahkan urusan kami dunia akhirat, tempatkan kami dalam syurgaMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga saya sihat waalfiat dikabulkan semua impian dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sahabat, mohon doakan anak2 saya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah juga sihat dan sempurna.. Semoga Allah memelihara iman keluarga kami, bahagia dunia akhirat, Sihat, dan mati dalam khusnul khotimah. Amin Ya Mujib. Moga2 sedekah kami diterima olehNya dan dibeli peluang lagi untuk terus istiqamah bersedekah. Terima kasih sahabat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD HUSNI BIN MARZUKI

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yg berlipat kali ganda

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Doakan saya pulih seperti sedia kala, moga Allah kurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: