MASJID MUKIM PADANG PAK AMAT

Aktif sejak Apr 24, 2021

Tentang Penganjur

Masjid ini berada di tepi jalan utama yang menuju ke bandar Pasir Puteh.Lokasi masjid ini ialah 7km dari bandar Pasir Puteh.

Masjid Mukim Padang Pak Amat ini terletak di Daerah Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu dan dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pusat sebanyak RM100,000.

 Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya. 

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.


Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu , 16800, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
abimurabbi@gmail.com
0139523361

Doa-Doa #Penyumbang

HAWA BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Sihatkan tubuh badan nenekku Hawa binti Ismail. Panjangkan usianya, ampunkan dosa2nya, terima segala ibadahnya, damaikan hatinya disaat anak2&cucu2 tidak dapat balik raya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ANAK JATI KELATE

3 tahun yang lepas

Ya allah permudahkan urusan mereka..Ya allah berkati la kehidupan kami di dunia dan di akhirat nnti.. AAMIINN YA RABBAL A'LAMIN.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kau angkatlah covid-19 dari negara Malaysia ini. Kau lindungilah keluarga kecikku ini dari azab api neraka, dan bala. Aamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

PENANTI ZURIAT

3 tahun yang lepas

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan mereka dan luaskan rezeki mereka dan rezeki kami yg menanti kurnian zuriat darimu Ya Allah..Allahuma Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah. Ampunkan dosa2 kami. Tmpt kan kami dlm syurga firdausMu. Berikan kami kejayaan n kbhagiaan yg luar biasa di dunia n akhirat. Mati kan kami dlm iman. Lindungi kami dr fitnah dajjal n sbgnya

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Moga Allah mudahkan setiap langkah dlm mencari keridaan Allah didunia dan diakhirat.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: