MASJID MUKIM PADANG PAK AMAT

Aktif sejak Apr 24, 2021

Tentang Penganjur

Masjid ini berada di tepi jalan utama yang menuju ke bandar Pasir Puteh.Lokasi masjid ini ialah 7km dari bandar Pasir Puteh.

Masjid Mukim Padang Pak Amat ini terletak di Daerah Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu dan dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pusat sebanyak RM100,000.

 Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya. 

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.


Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu , 16800, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
abimurabbi@gmail.com
0139523361

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, berikanlah kami hidayah dan peluang bertaubat sebelum ajal kami. Berikanlah kami rezeki yang luas, rezeki yang tak disangka sangka, rezeki yang halal, rezeki yang tidak putus seperti air yang mengalir. Serta rezeki yang dapat menolong orang lain dan mencukupi sentiasa. Amin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan segala doa2ku semoga infaq ini mgalir sehingga ke akhirat kelak, berikan keselamatan kepada suami, anak Dan seluruh keluarga kami. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di Dunia Dan akhirat, matikan kami dlm husnul khotimah Dan syahid. Tetapkan Iman Dan hati kami kepada Islam sehingga Akhir nyawa kami, lindungi & selamatkan kami Dr Dajjal & yajuj majuj. Kurniakan syurga utk kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah bantulah tolonglah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

1 tahun yang lepas

Mendapat berita yg menggembirakan hati serta memberi ketenangan serta hilang kegelisahan dan kerisauan apabila berjumpa dengan doktor berkaitan kesihatan dan perkembangan pertumbuhan muhammad Firas

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kami Dan dosa kedua ibu bapa kami. Murahkan rezeki kami. Permudahkan urusan kami Dunia akhirat Dan jauhkan kami Dari siksa api neraka.. Amiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: