MASJID MUKIM PADANG PAK AMAT

Aktif sejak Apr 24, 2021

Tentang Penganjur

Masjid ini berada di tepi jalan utama yang menuju ke bandar Pasir Puteh.Lokasi masjid ini ialah 7km dari bandar Pasir Puteh.

Masjid Mukim Padang Pak Amat ini terletak di Daerah Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu dan dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pusat sebanyak RM100,000.

 Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya. 

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.


Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu , 16800, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
abimurabbi@gmail.com
0139523361

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Ya Allah dengan berkat sedekah ini maka ampunkan segala dosa kami, luaskan dan lancarkan rezeki kami, anugerahkan pekerjaan yg halal utk kami, kurniakan lah zuriat yg Soleh dan solehah untuk kami, kurniakan lah kesihatan yg baik utk kami, sembuhkanlah penyakit kami.. permudahkan lah segala urusan dunia dan akhirat kami....

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

11 bulan yang lepas

Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Ya Allah, ampunilah dia (penyumbang), belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya. Ya allah jauhkanlah dari azab kubur serta azab api neraka dan cucurilah rahmat ke atas rohnya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Mohon doakan saya agar sembuh sepenuhnya daripada sakit kanser

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan ameen

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga semua dari kita dipermudahkan segala urusan serta dapat menemui matlamat hidup.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: