MASJID MUKIM PADANG PAK AMAT

Aktif sejak Apr 24, 2021

Tentang Penganjur

Masjid ini berada di tepi jalan utama yang menuju ke bandar Pasir Puteh.Lokasi masjid ini ialah 7km dari bandar Pasir Puteh.

Masjid Mukim Padang Pak Amat ini terletak di Daerah Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu dan dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pusat sebanyak RM100,000.

 Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya. 

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.


Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu , 16800, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
abimurabbi@gmail.com
0139523361

Doa-Doa #Penyumbang

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

1 tahun yang lepas

Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR FAIZAH JAMALUDDIN

1 tahun yang lepas

Ya Allah ku memohon kenikmatan hidup, rezeki yg berkah dan melimpah ruah, keluarga damai sejahtera dan beruntungan dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Mohon doakan saya dipermudahkan jodoh dengan lelaki yang terbaik di dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan Anissa bertemu jodoh pada waktu sesuai dengan lelaki yang boleh menjaganya sepenuh hati

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah dan limpahkan lah kepada kami rezeki yang luas yang berkat dan halal yang memudahkan segala urusan dunia akhirat Kami Ya Rabb. Aamiin Allahumma Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kami, lindungi kami, permudahkan urusan kami dunia akhirat, terimalah amal kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: