Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN (PERKEMAS) ialah sebuah NGO yang ditubuhkan bagi membantu kebajikan pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Afrika Selatan. Keutamaan kami adalah memastikan pelajar mendapat sokongan kewangan dan moral agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih tenang dan selesa.
PERKEMAS menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk, termasuk sumbangan kewangan untuk pembayaran visa, rawatan perubatan, serta keperluan harian. Selain itu, kami turut menganjurkan majlis berbuka puasa, jamuan Hari Raya, dan aktiviti kebajikan lain bagi memastikan mereka dapat menikmati suasana kekeluargaan walaupun jauh dari tanah air. Kami juga menyokong aspek pendidikan dengan membantu pembelian buku dan bahan pembelajaran.
Sumbangan anda mampu membawa senyuman dan meringankan beban mereka yang telah lama merantau demi ilmu. Bersama, kita eratkan ukhuwah dan berkongsi rezeki untuk kesejahteraan pelajar Malaysia di Afrika Selatan!
HSR
Ya Allah.. Ampunkn dosa2 ku/ibubapa ku/anak2, menantu2, cucu2 ku Angkatkn darjat kami dunia&akhirat Jadikanlah anak2, menantu2, cucu2 ku org2 yg soleh/solehah yg taat mejalankn perintah Mu Rukun damaikn rumahtangga anak2ku Murahkn/luaskn reziki kami dengn reziki yg berkah. Bukakn peluang kerja utk anakku M.Hamidon Selamatkn kami dunia/akhirat & selalamatkn kami dari fitnah dajjal
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah Ya Mujib.. Murahkan rezeki perniagaan ku pada hari ini.. Permudahkan segala urusan kami sekeluarga.. Permudahkan segala urusan kami sekeluarga melangsaikan hutang2.. Berikan kami jalan untuk keluar dari segala hutang.. Lindungi kami sekeluarga dari segala musibah.. Jadikan kami sekeluarga kaya raya agar kami dapat membantu orang2 yang susah.. Aminnn Ya Allah..
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Anda mengaminkan doa ini