PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN

Aktif sejak Feb 20, 2025

Tentang Penganjur

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN (PERKEMAS) ialah sebuah NGO yang ditubuhkan bagi membantu kebajikan pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Afrika Selatan. Keutamaan kami adalah memastikan pelajar mendapat sokongan kewangan dan moral agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih tenang dan selesa.


PERKEMAS menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk, termasuk sumbangan kewangan untuk pembayaran visa, rawatan perubatan, serta keperluan harian. Selain itu, kami turut menganjurkan majlis berbuka puasa, jamuan Hari Raya, dan aktiviti kebajikan lain bagi memastikan mereka dapat menikmati suasana kekeluargaan walaupun jauh dari tanah air. Kami juga menyokong aspek pendidikan dengan membantu pembelian buku dan bahan pembelajaran.


Sumbangan anda mampu membawa senyuman dan meringankan beban mereka yang telah lama merantau demi ilmu. Bersama, kita eratkan ukhuwah dan berkongsi rezeki untuk kesejahteraan pelajar Malaysia di Afrika Selatan! 

Madrasah Syahadah Tahfiz Al Hidayah Jalan Jurutera, Batu 13 , 47100, puchong, Selangor, Malaysia
aymanizam699@gmail.com
1117917162
1159898912

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Doakan saya agar Allah SWT meluaskan rezeki saya seluas lautan,mengampuni segala dosa² saya dan kedua ibu bapa saya.Semoga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada saya untuk mengamalkan solat 5 waktu dgn penuh kesungguhan.Saya juga memohon agar Allah SWT memberikan peluang utk memiliki zuriat yang soleh & solehah.Amin, ya Rabbal Alamin. Semoga doa ini dimakbulkan & dipermudahkan segala urusan kita

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Minta tolong doakan supaya segala urusan saya dipermudahkan. Doakan kesihatan ahli keluarga saya juga. 🙏🏻

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Semoga diberi kesembuhan kepada diriku dlm mengubati kolesterol tinggi yg aku hadapi skrg ini. Di beri kesejahteraan kepada seluruh keluarga ku, anak2ku. Supaya kami dpt melunaskan hutang2 kami,dpt belajar agama dgn khusus & sentiasa berbuat baik kepada makhluk Allah. Semoga dicukupkan makan minum kami serta bersifat qanaah. Ampunkan segala dosa2 ibubapa kami yg telah tiada serta saudara2 kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya Allah, semoga kami diberi kesihatan yg baik sepanjang masa Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa Kami Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit-penyakit kami Ya Allah dan perkenankanlah permintaan hambamu ini pada bila-bila masa dan di mana-mana jua Ya Allah. Ya Allah semoga pengakhiran kami dalam khusnul khatimah Ya Allah Dan berkatilah kehidupan kami dunia dan akhirat Ya Allah Ya Mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ATIQAH FARIHAH BINTI MOHAMAD FAIDZUL

8 bulan yang lepas

Doakan saya sentiasa dibukakan pintu rezeki yang luas supaya dapat bagi sumbangan lebih kerap dan jumlah yang lebih banyak bagi orang/organisasi yang memerlukan pada masa akan datang aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya Allah mudahkanlah segala urusan kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Mudahkan juga seluruh umat Islam diseluruh dunia. Aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: