Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN (PERKEMAS) ialah sebuah NGO yang ditubuhkan bagi membantu kebajikan pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Afrika Selatan. Keutamaan kami adalah memastikan pelajar mendapat sokongan kewangan dan moral agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih tenang dan selesa.
PERKEMAS menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk, termasuk sumbangan kewangan untuk pembayaran visa, rawatan perubatan, serta keperluan harian. Selain itu, kami turut menganjurkan majlis berbuka puasa, jamuan Hari Raya, dan aktiviti kebajikan lain bagi memastikan mereka dapat menikmati suasana kekeluargaan walaupun jauh dari tanah air. Kami juga menyokong aspek pendidikan dengan membantu pembelian buku dan bahan pembelajaran.
Sumbangan anda mampu membawa senyuman dan meringankan beban mereka yang telah lama merantau demi ilmu. Bersama, kita eratkan ukhuwah dan berkongsi rezeki untuk kesejahteraan pelajar Malaysia di Afrika Selatan!
HAZIHANI BINTI SAFAR, KATIYAH BINTI ABD MANAP, SAFAR BIN YUNUS
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”Wahai Allah, jadikanlah kami, pilihlah nama kami wahai Allah di kalangan mereka yang dibebaskan dari senarai api neraka.Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka.Amin
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini