PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN

Aktif sejak Feb 20, 2025

Tentang Penganjur

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN (PERKEMAS) ialah sebuah NGO yang ditubuhkan bagi membantu kebajikan pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Afrika Selatan. Keutamaan kami adalah memastikan pelajar mendapat sokongan kewangan dan moral agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih tenang dan selesa.


PERKEMAS menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk, termasuk sumbangan kewangan untuk pembayaran visa, rawatan perubatan, serta keperluan harian. Selain itu, kami turut menganjurkan majlis berbuka puasa, jamuan Hari Raya, dan aktiviti kebajikan lain bagi memastikan mereka dapat menikmati suasana kekeluargaan walaupun jauh dari tanah air. Kami juga menyokong aspek pendidikan dengan membantu pembelian buku dan bahan pembelajaran.


Sumbangan anda mampu membawa senyuman dan meringankan beban mereka yang telah lama merantau demi ilmu. Bersama, kita eratkan ukhuwah dan berkongsi rezeki untuk kesejahteraan pelajar Malaysia di Afrika Selatan! 

Madrasah Syahadah Tahfiz Al Hidayah Jalan Jurutera, Batu 13 , 47100, puchong, Selangor, Malaysia
aymanizam699@gmail.com
1117917162
1159898912

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Semoga terus berjaya !

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SYAMIMI JAMALUDDIN

8 bulan yang lepas

semoga dipermudahkan semuanya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

semoga di bulan ramadan ini dapat membantu serba sedikit orang yang memerlukan :)

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Mohon saya dibebaskan dari hutang, riba, dan rezeki syubhah. Mohon saya sekeluarga diberi kesihatan untuk beribadah dan bersyukur. Mohon umat Islam diberi hidayah kasih sayang, ilmu bermanfaat, dan hormat menghormati.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Semoga amalan kita diterima Allah, semoga berbahagia dunia akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: