PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NUR HIDAYAH

Aktif sejak Feb 23, 2022

Tentang Penganjur

        Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah ditubuhkan pada 7hb Mac 2011 setelah diilhamkan oleh Haji Mohd Bakre Bin Yaakop yang berasal daripada sebuah keluarga yang serba kekurangan. Beliau membesar bersama empat orang adiknya dan menggalas tugas sebagai ketua keluarga setelah kehilangan kedua ibubapa semasa umur 12 tahun. 

Sebagai langkah awal, Haji Mohd Bakre telah mengadakan mesyuarat bersama ahli keluarga terdekat bagi mendapatkan persetujuan dan pandangan mengenai rancangan menubuhkan sebuah rumah anak yatim.Secara umumnya,perancangan tersebut telah mendapat persetujuan ramai oleh ahli keluarga dan saudara mara yang amat bersedia dalam menyumbang tenaga,wang,dan masa bagi menjayakan kerja murni ini.
        Pertubuhan ini telah mendaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Kedah.Namun begitu,pihak pengurusan masih memerlukan derma,zakat,dan sedekah dari orang ramai bagi menampung kos perbelanjaan bulanan serta membaik pulih bangunan untuk keselesaan anak-anak di sini.Sumbangan yang diberikan layak untuk mendapat pengecualian cukai dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
        Pertubuhan Nur Hidayah ini telah beroperasi di sebuah premis persendirian dua tingkat milik Haji Mohd Bakre.Pertubuhan ini menempatkan seramai 26 orang anak-anak yatim dan miskin tegar (perempuan) di sekitar Baling.Pertubuhan ini juga telah mendapat sokongan dari Jabatan Bomba yang telah mengesahkan premis ini telah mematuhi syarat keperluan keselamatan dan kebakaran.Ahli jawatankuasa yang di lantik secara rasmi seramai 9orang ini berperanan mengumpul dana bagi menampung kos operasi dan pengurusan anak-anak di rumah tersebut. 
        Setelah 11tahun beroperasi dan kini bangunan yang di diami sudah uzur dan usang dan perlu segera berpindah,pihak pertubuhan telah mengusahakan pebelian tanah wakaf yang bernilai Rm120,000 hasil dari sumbangan orang ramai dan Alhamdulillah telah selesai. Terkini kutipan untuk pembinaan yang telah bermula sejak 2020 dan kerja-kerja memulakan pembinaan bangunan baru telah bermula pada tahun 2021 sehingga sekarang telah siap hampir 80% , dan masih memerlukan 20% fasa akhir dengan kadar segera bagi anak-anak di sini berteduh dengan selamat dan selesa untuk meneruskan menimba ilmu dan pembelajaran seperti biasa.

        Justeru itu,sebanyak RM250,000.00 sahaja lagi diperlukan bagi fasa akhir ini dan kos operasi pula yang kini bertambah kepada RM250,000 menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM500,000.00. 






NO 116 KAMPUNG SADEK , 09200, BALING, Kedah, Malaysia
nurhidayah201102@gmail.com
+60104040724
+60194635079

Doa-Doa #Penyumbang

AFFIN NIA

1 tahun yang lepas

Semoga Affin Nia Zulaikha diberikan pekerjaan young graduate payroll, capai target max tiap bulan untuk Prudential & video tiktok affilate sentiasa msuk fyp org beli. semoga dgn ini, dia dapat membantu keluarga, agama, dan setiap umat islam. Berikan dia dan suami akram b zainudding kebahagiaan, keredhaan dan kesatuan hati sampai syurga, anak yg soleh/ah berjaya dunia akhirat dan kesihatan yg baik

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AFFIN NIA

1 tahun yang lepas

Semoga Affin Nia Zulaikha diberikan pekerjaan young graduate payroll, capai target max tiap bulan untuk Prudential & video tiktok affilate sentiasa msuk fyp org beli. semoga dgn ini, dia dapat membantu keluarga, agama, dan setiap umat islam. Berikan dia dan suami akram b zainudding kebahagiaan, keredhaan dan kesatuan hati sampai syurga, anak yg soleh/ah berjaya dunia akhirat dan kesihatan yg baik

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami. Kau mewahkanlah rezeki kami seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari rezeki. Ya Allah, Kau berilah kami peluang untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau majukanlah bisnesku semaju-majunya dan jadikanlah bisnesku lebih maju dari hari-hari sebelumnya. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Shafi, berikanlah kesembuhan ke atas diriku zahir dan batin, tenangkan hati, fikiran, jiwa, emosi, dan perasanku. Hilangkan ketakutan & anxiety ku, hapuskan gambaran / lintasan/bayangan buruk yg menghantui fikiranku. Aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD YAKOP IKRAM

1 tahun yang lepas

Ampunilah dosa ku ibu bapaku keluargaku saudaraku rakan2ku umat nabi Muhammad. Permudahkanlah segala urusan kami semua dalam aktiviti seharian, pekerjaan, ibadah kpd Mu siang malam. Kami mohon reda dan rahmat Mu ya Allah. Matikan kami husnikhotimah, jauh segala azab, diterima amalan kami, dijauhi muflis di akhirat kelak, terima buku amalan dgn tangan kanan, masuk Syurga Firdaus tanpa hisab.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

IBRAHIM BIN JAMIL

1 tahun yang lepas

Bismillah. Ampunkan dosa kami. Berkati hidup kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: