PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NUR HIDAYAH

Aktif sejak Feb 23, 2022

Tentang Penganjur

        Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah ditubuhkan pada 7hb Mac 2011 setelah diilhamkan oleh Haji Mohd Bakre Bin Yaakop yang berasal daripada sebuah keluarga yang serba kekurangan. Beliau membesar bersama empat orang adiknya dan menggalas tugas sebagai ketua keluarga setelah kehilangan kedua ibubapa semasa umur 12 tahun. 

Sebagai langkah awal, Haji Mohd Bakre telah mengadakan mesyuarat bersama ahli keluarga terdekat bagi mendapatkan persetujuan dan pandangan mengenai rancangan menubuhkan sebuah rumah anak yatim.Secara umumnya,perancangan tersebut telah mendapat persetujuan ramai oleh ahli keluarga dan saudara mara yang amat bersedia dalam menyumbang tenaga,wang,dan masa bagi menjayakan kerja murni ini.
        Pertubuhan ini telah mendaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Kedah.Namun begitu,pihak pengurusan masih memerlukan derma,zakat,dan sedekah dari orang ramai bagi menampung kos perbelanjaan bulanan serta membaik pulih bangunan untuk keselesaan anak-anak di sini.Sumbangan yang diberikan layak untuk mendapat pengecualian cukai dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
        Pertubuhan Nur Hidayah ini telah beroperasi di sebuah premis persendirian dua tingkat milik Haji Mohd Bakre.Pertubuhan ini menempatkan seramai 26 orang anak-anak yatim dan miskin tegar (perempuan) di sekitar Baling.Pertubuhan ini juga telah mendapat sokongan dari Jabatan Bomba yang telah mengesahkan premis ini telah mematuhi syarat keperluan keselamatan dan kebakaran.Ahli jawatankuasa yang di lantik secara rasmi seramai 9orang ini berperanan mengumpul dana bagi menampung kos operasi dan pengurusan anak-anak di rumah tersebut. 
        Setelah 11tahun beroperasi dan kini bangunan yang di diami sudah uzur dan usang dan perlu segera berpindah,pihak pertubuhan telah mengusahakan pebelian tanah wakaf yang bernilai Rm120,000 hasil dari sumbangan orang ramai dan Alhamdulillah telah selesai. Terkini kutipan untuk pembinaan yang telah bermula sejak 2020 dan kerja-kerja memulakan pembinaan bangunan baru telah bermula pada tahun 2021 sehingga sekarang telah siap hampir 80% , dan masih memerlukan 20% fasa akhir dengan kadar segera bagi anak-anak di sini berteduh dengan selamat dan selesa untuk meneruskan menimba ilmu dan pembelajaran seperti biasa.

        Justeru itu,sebanyak RM250,000.00 sahaja lagi diperlukan bagi fasa akhir ini dan kos operasi pula yang kini bertambah kepada RM250,000 menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM500,000.00. 






NO 116 KAMPUNG SADEK , 09200, BALING, Kedah, Malaysia
nurhidayah201102@gmail.com
+60104040724
+60194635079

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Salam , Doakan kesembuhan dan kesihatan, panjang umur, rezeki yang melimpah ruah, ketenangan dan kebahagiaan saya, anak isteri, ibubapa dan adik beradik. Aameen terima kasih

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMED RAFI BIN NAINAMUSAH

1 tahun yang lepas

Doakan untuk Rafi.Aisah.Shamima.Shahira.PEF.Naina

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah limpahkanlah rahmah Mu kepada organisasi yang menganjur dan menguruskan infaq dan wakaf ini. YaAllah, mudahkan usaha mereka menyampaikan infaq, wakaf dan sebagainya kepada tempat-tempat yang telah dipilih.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga allah menerima infaq zakat & sedekah dariku utk membantu mereka yg memerlukan..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JANNAH

1 tahun yang lepas

semoga penderma sihat dan mendapat anak yg soleh/solehah dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan hidayah dan jalan yang benar

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: