Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah ditubuhkan pada 7hb Mac 2011 setelah diilhamkan oleh Haji Mohd Bakre Bin Yaakop yang berasal daripada sebuah keluarga yang serba kekurangan. Beliau membesar bersama empat orang adiknya dan menggalas tugas sebagai ketua keluarga setelah kehilangan kedua ibubapa semasa umur 12 tahun.
Sebagai langkah awal, Haji Mohd Bakre telah mengadakan mesyuarat bersama ahli keluarga terdekat bagi mendapatkan persetujuan dan pandangan mengenai rancangan menubuhkan sebuah rumah anak yatim.Secara umumnya,perancangan tersebut telah mendapat persetujuan ramai oleh ahli keluarga dan saudara mara yang amat bersedia dalam menyumbang tenaga,wang,dan masa bagi menjayakan kerja murni ini.
Pertubuhan ini telah mendaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Kedah.Namun begitu,pihak pengurusan masih memerlukan derma,zakat,dan sedekah dari orang ramai bagi menampung kos perbelanjaan bulanan serta membaik pulih bangunan untuk keselesaan anak-anak di sini.Sumbangan yang diberikan layak untuk mendapat pengecualian cukai dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pertubuhan Nur Hidayah ini telah beroperasi di sebuah premis persendirian dua tingkat milik Haji Mohd Bakre.Pertubuhan ini menempatkan seramai 26 orang anak-anak yatim dan miskin tegar (perempuan) di sekitar Baling.Pertubuhan ini juga telah mendapat sokongan dari Jabatan Bomba yang telah mengesahkan premis ini telah mematuhi syarat keperluan keselamatan dan kebakaran.Ahli jawatankuasa yang di lantik secara rasmi seramai 9orang ini berperanan mengumpul dana bagi menampung kos operasi dan pengurusan anak-anak di rumah tersebut.
Setelah 11tahun beroperasi dan kini bangunan yang di diami sudah uzur dan usang dan perlu segera berpindah,pihak pertubuhan telah mengusahakan pebelian tanah wakaf yang bernilai Rm120,000 hasil dari sumbangan orang ramai dan Alhamdulillah telah selesai. Terkini kutipan untuk pembinaan yang telah bermula sejak 2020 dan kerja-kerja memulakan pembinaan bangunan baru telah bermula pada tahun 2021 sehingga sekarang telah siap hampir 80% , dan masih memerlukan 20% fasa akhir dengan kadar segera bagi anak-anak di sini berteduh dengan selamat dan selesa untuk meneruskan menimba ilmu dan pembelajaran seperti biasa.
Justeru itu,sebanyak RM250,000.00 sahaja lagi diperlukan bagi fasa akhir ini dan kos operasi pula yang kini bertambah kepada RM250,000 menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM500,000.00.
Hamba Allah
Ya Allah, ampunilah dosa2 kami, rahmatilah kami, berkatilah kehidupan kami, terimalah amalan kami, permudahkanlah urusan kami, bersihkanlah hati kami ini daripada penyakit hati, perbaikilah akhlak kami dan jadikanlah kami hambaMu yang Engkau redai
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku umat Nabi Muhammad. Jauhkan kami dari azab kubur api neraka masukkan kami ke SyurgaMu tanpa dihisab Ya Allah sentiasa mengejar Akhirat Dan bukan Dunia yg sementara. Terima kasih Ya Allah. Terima ibadat amalan kami. Berilah taufik hidayah diberkati hidup redai Mu, dirahmatiMu Ya Allah.
0 orang mengaminkan doa ini