PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA EMAS LANGKASUKA, KUBANG PASU

Aktif sejak Mar 10, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan sukarela yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM 013-02-15022021) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (PEWARIS). Ianya merupakan pertubuhan kebajikan tanpa keuntungan.

1. KPI Pewaris ialah:

i.   Menjadikan ibu-ibu tunggal yang berstatus warga emas dan hidup terbiar dan melarat sebagai sasaran utama dalam memenuhi matlamat pembinaan kompleks asrama ini.

ii.   Pewaris berusaha menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan mempunyai kemudahan sekadar yang termampu disamping menyediakan kemudahan aktiviti harian sesuai dengan usdia mereka sebagai penghilang rasa kesunyian disamping menyediakan kuliah-kuliah ilmu dan ruang ibadat amali.

2.  Matlamat pertubuhan:

ii.   Menyediakan aktiviti kesihatan kepada warga emas.

iii.  Menyediakan program ilmu kepad warga emas.

iv.   Menyediakan lain-lain urusan kebajikan yang diperlukan oleh warga emas. 

3.  Aktiviti:

i.   Telah membeli tanah seluas 1.422 ekar sebagai tapak pembinaan kompleks asrama warga emas yang koosnya RM4.9 juta. Seramai anggaran 50 orang penghuni dapat menginap disini dengan pelbagai kemudahan sekadar yang termampu. Kos perbelanjaan bulanan dianggarkan sebanyak RM29,000.00

ii.  Menubuhkan Food bank berdaftar untuk mengagihkan bantuan barang makanan kepada mandsa Covid 19 yang hilang mata pencarian, warga emas yang dhaif, warga emas berstatus ibu tunggal dan anak yatim.

iii.  Menerima sumbangan wang tunai atas niat berzakat, infaq, wakaf am dan derma daripada orang perseorangan, syarikat dan lain-lain agensi.


36, TAMAN SETIA JAYA JALAN HOSPITAL DAERAH, 06000, JITRA. , 06000, JITRA, Kedah, Malaysia
pewarislangkasuka@gmail.com
60124297510
60124297510

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

ya Allah sembuhkan penyakit ayah saya mohd zin bin abdul jamil,, sihatkan badan saya dan murahkan reki saya..aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doa zid Dan roznah d beri kesembuhan segala pnyakit Dan dpt beribadah dgn sempurna

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Rabb, semoga ditempatkan arwah ayah, datuk nenek serta saudara mara keluarga mak & ayah bersama orang2 yang beriman, dilapangkan kuburnya & diampunkan dosa2nya yang terdahulu. Ya Razzaq, kau mudahkan, lapangkanlah & perbanyakkan rezekiku, keluargaku, guru2ku, rakan2ku serta saudara seislamku yang lain. Ya Rabb, kau sembuhkanlah faiza & jadikanlah dia anak yang solehah & baik budi pekertinya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROZAIDA

1 tahun yang lepas

Semoga Allah swt permudahkan urusan saya dan keluarga . Sentiasa diberi iman ,rezeki , kesihatan baik dan ilmu bermanfaat buat saya suami dan anak2 . Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan kami, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah mg Kau ampunkan dosa2 kami sekeluarga kedua ibubapa kami serta seluruh umat islam. Luaskan reKi kami dan semua serta permudahkanlah semua urusan kami semua dunia akhirat serta berikanlah kami semua pertolongan dan rahmatMu... Sesungguhnya Kau Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Kaya....serta bantulah mrk2 yg sdg diuji dgn hebatnya walau dimana mrk berada dgn sebaik2 pertolongan aamiin3

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: