PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA EMAS LANGKASUKA, KUBANG PASU

Aktif sejak Mar 10, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan sukarela yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM 013-02-15022021) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (PEWARIS). Ianya merupakan pertubuhan kebajikan tanpa keuntungan.

1. KPI Pewaris ialah:

i.   Menjadikan ibu-ibu tunggal yang berstatus warga emas dan hidup terbiar dan melarat sebagai sasaran utama dalam memenuhi matlamat pembinaan kompleks asrama ini.

ii.   Pewaris berusaha menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan mempunyai kemudahan sekadar yang termampu disamping menyediakan kemudahan aktiviti harian sesuai dengan usdia mereka sebagai penghilang rasa kesunyian disamping menyediakan kuliah-kuliah ilmu dan ruang ibadat amali.

2.  Matlamat pertubuhan:

ii.   Menyediakan aktiviti kesihatan kepada warga emas.

iii.  Menyediakan program ilmu kepad warga emas.

iv.   Menyediakan lain-lain urusan kebajikan yang diperlukan oleh warga emas. 

3.  Aktiviti:

i.   Telah membeli tanah seluas 1.422 ekar sebagai tapak pembinaan kompleks asrama warga emas yang koosnya RM4.9 juta. Seramai anggaran 50 orang penghuni dapat menginap disini dengan pelbagai kemudahan sekadar yang termampu. Kos perbelanjaan bulanan dianggarkan sebanyak RM29,000.00

ii.  Menubuhkan Food bank berdaftar untuk mengagihkan bantuan barang makanan kepada mandsa Covid 19 yang hilang mata pencarian, warga emas yang dhaif, warga emas berstatus ibu tunggal dan anak yatim.

iii.  Menerima sumbangan wang tunai atas niat berzakat, infaq, wakaf am dan derma daripada orang perseorangan, syarikat dan lain-lain agensi.


36, TAMAN SETIA JAYA JALAN HOSPITAL DAERAH, 06000, JITRA. , 06000, JITRA, Kedah, Malaysia
pewarislangkasuka@gmail.com
60124297510
60124297510

Doa-Doa #Penyumbang

KAMIL ZAINAL

1 tahun yang lepas

Semoga kempem berjaya dan sumbangan kecil saya ni sampai

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Bagi siapa yang terbaca, doakan keluarga kami dilimpahkan rahmat dan rezeki seluas²nya. Dipermudahkan lah urusan kita didunia dan diakhirat. Aamminn YRA.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROBIAH KIPLI

1 tahun yang lepas

Semoga dengan sumbangan ini dpt menjadikan seluruh ahli keluarga ku mendapat kerahmatan, di ringan kan segal kesulitan dan ketenangan dalam segala ujian dan dikurnia kan rezeki yang melimpah ruah. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

1 tahun yang lepas

Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kami Dan dosa kedua ibu bapa kami. Murahkan rezeki kami. Permudahkan urusan kami Dunia akhirat Dan jauhkan kami Dari siksa api neraka.. Amiinn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NIK MOHD NOOR FAIZAL BIN MD SAAD

1 tahun yang lepas

Mohon doakan kami sekeluarga dapat melaksanakan Haji atau Umrah dgn sesegera mungkin dlm sebaik-baik keadaan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: