PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkn segala urusan, dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RAZIK HUSSEIN MOHAMED GANNY

6 bulan yang lepas

Doakan ayah saya dapat melalui rawatan kanser and pulih seperti biasa

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah didunia dan diakhirat, Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya allah terima sedekah subuh ku ini, berkati kami dunia akhirat, ampuni dosa2 kami dosa2 ibubapa kami luaskan rezki kami sihatkan badan kami permudahkan urusan kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Saya doakan semoga sekeluarga dan rakan rakan saya diberikan kesihatan dan diberikan rezeki yang melimpah. Semoga segala urusan kami sekeluarga dan rakan rakan dipermudahkan di dunia dan akhirat. In sha allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Sy doakan semoga kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dikurniakan kejayaan dalam bidang yg diceburi dikurniakan untuk diri sendiri agar Allah SWT bukakan pintu hati untuk beribadah sentiasa dikurniakan keberkatan dalam hidup dikurniakan umur yang panjang untuk beribadah kepada Allah SWT dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.. Aamiin ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: