PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGAEMAS WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH

Aktif sejak Jul 28, 2022

Tentang Penganjur

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh telah diasakan dan beroperasi sejak tahun 2008 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017.


Rumah Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu menyediakan tempat tinggal kepada wargaemas lelaki dan perempuan muslim yang bermasalah untuk program khas, kebajikan dan pemulihan.


Rumah Wargaemas Warisan Kaseh merupakan sebuah rumah kebajikan berkonsepkan rumah rehat dan tarbiyah untuk wargaemas dengan aktiviti utama mengulangkaji bab ilmu fardhu ain dan membaca Al Quran.


Pada awalnya kami menerima kemasukan wargaemas lelaki dan perempuan, namun mulai tahun 2017 kami terpaksa menangguhkan kemasukan untuk wargaemas lelaki atas sebeb kesesuain tempat. Sehingga bangunan tambahan disiapkan, kami hanya menerima kemasukan wargaemas Wanita sahaja dari kalangan ibu tunggal.


Bangunan yang ada sekarang adalah sebuah bangunan satu blok rumah panjang dan tidak sesuai untuk menempatkan penghuni wargaemas lelaki dan perempuan secara bercampur.


Kami terpaksa menolak banyak permohonan wargaemas lelaki yang bermasalah untuk program pemulihan ataupun wargaemas yang bersedia untul mengikuti program ulangkaji ilmu agama terutama bab fardhu ain dan mengaji Al Quran.


Permintaan yang sangat banyak untuk kemasukan wargaemas lelaki sentiasa ada dan kami terpanggil untuk berkongsi usaha membantu mereka menyelesaikan masalah samada bersifat sementara ataupun kekal.


Banyak pihak seperti masjid, hospital dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga merujuk wargawemas lelaki gelandangan yang memerlukan bantuan.


Semoga dengan wujudnya bangunan ini akan dapat membantu golongan wargaemas yang kurang bernasib baik menghabiskan waktu-waktu usia emas mereka dengan beribadah dan beramal.


LOT 3886 KG.SG. KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN , 42700, BANTING, Selangor, Malaysia
warisankaseh@gmail.com
+60110388324
+601110388324

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Yaa ALLAH..ampunkan dosa2 ku mahu pun nampak Dan tidak nampak..berikan keselamatan di dunia Dan akhirat.keberkatan Dalam rezeki.anak2 Dan isteri Yang menyejukkan Mata,menyenagkan Hati Serta taat pada perintah ALLAH..JAUHkan Dari malapetaka,fitnah dunia Dan fitnah kubur Serta orang2 Yang bersifat gengki ..JAUHkan Dari peminpin Yang zalim.Ampunkan dosa ke dua2 ibu bapaku..Aminn .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAITON HUSSAIN

1 tahun yang lepas

Semoga Allah melimpahkan kasih sayang Nya ke atas kita dan memakbulkan semua hajat kita semua. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Permudahkan urusan menunaikan Umrah Dan disihatkan tubuh badan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga semua dilindungi dan dirahmati Allah selalu..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga kita semua diberi kan rahmat Dan kebahagiaan dunia dah akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Salam saya mintak jasa baik semua sedekahkan Al-fatihah untuk ALLAHYARHAMAH ibunda saya ROBASAH BINTI MAN...Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang2 yg soleh dan solehah...aminnn ya rabbal a"lamin...

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: