PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGAEMAS WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH

Aktif sejak Jul 28, 2022

Tentang Penganjur

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh telah diasakan dan beroperasi sejak tahun 2008 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017.


Rumah Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu menyediakan tempat tinggal kepada wargaemas lelaki dan perempuan muslim yang bermasalah untuk program khas, kebajikan dan pemulihan.


Rumah Wargaemas Warisan Kaseh merupakan sebuah rumah kebajikan berkonsepkan rumah rehat dan tarbiyah untuk wargaemas dengan aktiviti utama mengulangkaji bab ilmu fardhu ain dan membaca Al Quran.


Pada awalnya kami menerima kemasukan wargaemas lelaki dan perempuan, namun mulai tahun 2017 kami terpaksa menangguhkan kemasukan untuk wargaemas lelaki atas sebeb kesesuain tempat. Sehingga bangunan tambahan disiapkan, kami hanya menerima kemasukan wargaemas Wanita sahaja dari kalangan ibu tunggal.


Bangunan yang ada sekarang adalah sebuah bangunan satu blok rumah panjang dan tidak sesuai untuk menempatkan penghuni wargaemas lelaki dan perempuan secara bercampur.


Kami terpaksa menolak banyak permohonan wargaemas lelaki yang bermasalah untuk program pemulihan ataupun wargaemas yang bersedia untul mengikuti program ulangkaji ilmu agama terutama bab fardhu ain dan mengaji Al Quran.


Permintaan yang sangat banyak untuk kemasukan wargaemas lelaki sentiasa ada dan kami terpanggil untuk berkongsi usaha membantu mereka menyelesaikan masalah samada bersifat sementara ataupun kekal.


Banyak pihak seperti masjid, hospital dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga merujuk wargawemas lelaki gelandangan yang memerlukan bantuan.


Semoga dengan wujudnya bangunan ini akan dapat membantu golongan wargaemas yang kurang bernasib baik menghabiskan waktu-waktu usia emas mereka dengan beribadah dan beramal.


LOT 3886 KG.SG. KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN , 42700, BANTING, Selangor, Malaysia
warisankaseh@gmail.com
+60110388324
+601110388324

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga anak² Nur Inara Sofia dan Muhammaad Nuh Qays sihat selalu,dimurahkan rezeki,membesar menjadi anak yang soleh dan solehah,berjaya didunia dan akhirat..aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ENI YUSNITA JAMALUDDIN

1 tahun yang lepas

Moga Allah SWT permudahkan segala urusan & perluaskan rezeki kita semua dunia akhirat. Sedekahkan Al-Fatihah utk arwah anak saya, ibubapa serra seluruh ahli keluarga saya. Moga mereka ditempatkan disyurga bersama org2 yg beriman & beramal soleh. Amin2 Ya Rabbal A'lamin.. Al-Fatihah (dibaca)... 🤲🤲🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan hasliza binti mohamed sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aaaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YaAllah…permudahkan segala urusan kami di jalan Mu dan lapangkanlah rezeki kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Diberikan tubuh badan yg sihat rezeki yg melimpah ruah & dimudahkan urusan & dimaqbulkan segala doa2 yg terbaik DI sisiNYA.Aameen..,

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HANAFI BIN MOHAMAD/ARWAH MOHAMAD /ZAINAB/ROHANA/AN

1 tahun yang lepas

Semoga sedekah ku ni dapat menghapuskan segala kafarah terhadap saya..kedua ibubapa Dan isteriku..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: