Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pada April 1998, Raudhatus Sakinah sebagai sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri telah ditubuhkan oleh beberapa orang wanita yang merasakan keperluan mewujudkan tempat perlindungan untuk remaja perempuan yang tersasar. Ianya merupakan pusat penjagaan sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan bersama.
Raudhatus Sakinah pada mulanya hanya ditubuhkan di Selangor. Namun selepas pusat di Selangor semakin ramai kemasukan, maka ditubuhkan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Raudhatus Sakinah Kelantan ditubuhkan pada 2004 sebagai cawangan kepada pusat di Selangor. Pada tahun 2015, nama Raudhatus Sakinah Kelantan ditukar kepada Pusat Jagaan Raudhah Sakeenah Kelantan (RSK), dengan pengurusan sendiri di bawah IKRAM Kelantan, tidak lagi terlibat dengan pengurusan bersama pusat di Selangor.
Kumpulan sasarnya adalah remaja puteri Islam
yang berhadapan dengan masalah sosial dan memerlukan bimbingan dan
perlindungan. Raudhatus Sakinah menyedari hakikat bahawa perangkaan kes-kes
salahlaku di kalangan remaja Malaysia semakin meningkat apatah lagi di kalangan
remaja melayu Islam. Bersamanya ia membawa pelbagai penyakit sosial yang
akhirnya merosakkan bukan sahaja golongan remaja tetapi juga institusi keluarga
dan seterusnya masyarakat
Buat carian Kempen