PERTUBUHAN SKUAD B40 WANITA DAN KELUARGA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (SKUAD B40)

Aktif sejak Feb 28, 2023

Tentang Penganjur


Assalamualaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan, marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak banyak amal jariah yang di tuntut di dalam , kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah S.W.T. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.

Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.

Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam, dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianyan berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain.



B-10-05, PPR BATU MUDA, BATU 6, OFF JALAN IPOH, 55100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR , 55100, KUALA LUMPUR, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
wanitadankeluarga40@gmail.com
178117559
56418762

Doa-Doa #Penyumbang

HSR

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkn dosa2 ku /anak2ku/ ibu&bapaku & adikku Rosanah Ya Allah tinggikn darjat anak2ku dunia & akhirat, Jadiknlah anak2 ku soleh/solehen, sentiasa mendirikan solat/baca AlQuran Ya Allah sihatkn anakku Nur Amirah/baby, lindungilah baby dari penyakit yg bahaya. Ya Allah kurniakanlah reziki yg berkah kepada ku & anak2ku, Selamatkn kami dunia/akhirat & selamatkn kami dari fitnah dajjal.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah. Masukkanlah aku ke dalam syurga FirdausMu tanpa hisab dan azab

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka, limpahkan rezeki yg berterusan buat mereka, Dan kabulkanlah segala hajat2 mereka.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

minta doa kan saya supaya bertaubat..dan tinggalkan segala perbuatan yang tidak elok..Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HSRR

1 tahun yang lepas

Ya Allah aku mohon redha keatas diriku/anak2ku/ibubapaku & menerima taubat kami, matikn kami dlm iman, matikn kami dalam HusnulKhotimah, akhir kalimah dibibir kami Lailahaillallah Muhammadarrasulullah, Moga aku/ibubapaku/anak2 serta keluarga mendiami SyurgaMu Ya Allah. Murahknlah&Kurniknlah reziki yg berkah kepada ku&anak2ku, Selamatkn kami dunia/akhirat & selamatknlah kami dari fitnah dajjal

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Utk saya dan keluarga

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: