PERTUBUHAN SKUAD B40 WANITA DAN KELUARGA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (SKUAD B40)

Aktif sejak Feb 28, 2023

Tentang Penganjur


Assalamualaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan, marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak banyak amal jariah yang di tuntut di dalam , kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah S.W.T. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.

Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.

Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam, dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianyan berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain.



B-10-05, PPR BATU MUDA, BATU 6, OFF JALAN IPOH, 55100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR , 55100, KUALA LUMPUR, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
wanitadankeluarga40@gmail.com
178117559
56418762

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD YAKOP IKRAM

1 tahun yang lepas

Ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku Muslimin muslimat jauhkan kami dari azab kubur api neraka jahanam masukkan kami ke Syurga Firdaus tanpa dihisab.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RASIDAH ABD HAMID

1 tahun yang lepas

Ya Allah terima lah sedekah atas nama Arwah bapa ku Abd Hamid Bin Kerun, semoga areah d tempatkan d kalangan org2 yg beriman aminn

Anda dan 6 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga semua mendapat keberkatan & keredhoan illahi

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORMASTURA BINTI SULAIMAN

1 tahun yang lepas

MOHON DOAKAN ARWAH IBU SAYA SAWIYAH BINTI YUSOF DAN ARWAH AYAH SAYA SULAIMAN BIN HITAM DIJANJIKAN BALASAN SYURGA FIRDAUS, DIAMPUNI SEGALA DOSA, DIANGKAT DARJAT DAN DIKASIHANI OLEH ALLAH SWT. MOHON DOAKAN JUGA AGAR SAYA DIMURAHKAN REZEKI DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT DAN DIMAKBULKAN SEGALA DOA. SEMOGA KEMPEN INI MENCAPAI SASARAN SEPERTI YANG DIPERLUKAN. AMINN..

Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga diberikan kesihatan Yang baik kepada kami sekeluarga,dimurahkan rezeki,semoga anak ku isa zafran menjadi anak Yang soleh dunia Dan akhirat,menjadi anak Yang baik diberikan kesihatan Yang baik..amin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FATIMAHANIZAN BT A RAHMAN

1 tahun yang lepas

Ya Allah berkati Dan rahmati mereka Yang memerlukan berkati Dan rahmati la juga rezeki Ku Dan keluarga Ku Amin..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: