PERTUBUHAN SKUAD B40 WANITA DAN KELUARGA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (SKUAD B40)

Aktif sejak Feb 28, 2023

Tentang Penganjur


Assalamualaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan, marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak banyak amal jariah yang di tuntut di dalam , kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah S.W.T. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.

Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.

Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam, dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianyan berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain.



B-10-05, PPR BATU MUDA, BATU 6, OFF JALAN IPOH, 55100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR , 55100, KUALA LUMPUR, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
wanitadankeluarga40@gmail.com
178117559
56418762

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Allahummaghfirli

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga isteri saya Nurfarah Hanim dan anak saya Dyan Khalisa dirahmati Allah dan berjaya dunia akhirat. Dan juga kepada arwah bapa saya mohd zailani dan pak cik saya zainun dan suhairi serta keluarga saya dirahmati Allah dunia dan akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga diperluaskan rezeki yg halal dan dimatikan dalam iman. serta mati dlm pengakhiran yg baik. Amin Amin Amin Ya Mujib

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah swt murahkan rezki kita semua. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RB

1 tahun yang lepas

Doa keluarga yang Sakinah, Moga dipermudahkanNYA segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, diterima taubat dan amal Ibadah, dijauhkan segala mata bahaya, kemalangan dan penyakit2 bahaya dan berat, dijauhkan siksa kubur, bebas hutang dan riba, anak2 yang soleh dan berakhlak mulia berjaya dunia akhirat, keturunan yang mendirikan solat dan dihindarkan api neraka dan diberikan syurga. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RB

1 tahun yang lepas

Doa keluarga yang Sakinah, Moga dipermudahkanNYA segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, diterima taubat dan amal Ibadah, dijauhkan segala mara bahaya, kemalangan dan penyakit2 bahaya dan berat, dijauhkan siksa kubur, bebas hutang dan riba, anak2 yang soleh dan berakhlak mulia berjaya dunia akhirat, keturunan yang mendirikan solat dan dihindarkan api neraka dan diberikan syurga. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: