PERTUBUHAN SKUAD B40 WANITA DAN KELUARGA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (SKUAD B40)

Aktif sejak Feb 28, 2023

Tentang Penganjur


Assalamualaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan, marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak banyak amal jariah yang di tuntut di dalam , kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah S.W.T. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.

Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.

Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam, dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianyan berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain.



B-10-05, PPR BATU MUDA, BATU 6, OFF JALAN IPOH, 55100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR , 55100, KUALA LUMPUR, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
wanitadankeluarga40@gmail.com
178117559
56418762

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

doakan semoga Allah beri keampuanan pada saya dan di kurniakan jodoh yg baik dan rezeki yang berkat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa suamiku, dosa anak2 dan zuriatku, dosa saudara-maraku dan dosa seluruh kaum muslimin serta muslimat sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Kurniakan sebaik2 kesihatan dan keselamatan buat kami semua ya Allah. Allah Ya Rahman ya Rahim, kurniakanlah aku sebaik2 rezeki. Ya Allah, Kurniakan kesembuhan buat semua yang tidak sihat.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah swt berikan kebaikkan di dunia dan di akhirat bagi semua umat Islam termasuk yang telah pulang ke Rahmatullah dan dikurniakkan syafaat di akhirat kelak.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD TAUFIK BIN MUSTAPA

1 tahun yang lepas

Saya infaqkan semua sumbangan ini untuk arwah mak saya siti zaleha binti hamid.. semoga roh mak saya di cucuri rahmat

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu asnaf dan fakir miskin. Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, Ampunkanlah segala dosa-dosaku, Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku, Sembuhkanlah segala penyakitku, Panjangkanlah umurku, Limpahkanlah rahmatMu dan rezekiMu yang luas kepadaku, Makbulkanlah segala doa dan hajatku. Aamiin Aamiin Ya Mujiib Ya Rabbal ‘Alamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga Allah ampunkan dosa kita semua dimasukkan ke syurga Dan dijauhkan Dari neraka.amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: