PERTUBUHAN SKUAD B40 WANITA DAN KELUARGA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (SKUAD B40)

Aktif sejak Feb 28, 2023

Tentang Penganjur


Assalamualaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan, marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak banyak amal jariah yang di tuntut di dalam , kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah S.W.T. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.

Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.

Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam, dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianyan berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain.



B-10-05, PPR BATU MUDA, BATU 6, OFF JALAN IPOH, 55100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR , 55100, KUALA LUMPUR, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
wanitadankeluarga40@gmail.com
178117559
56418762

Doa-Doa #Penyumbang

SHARIDZUAN SALIM

1 tahun yang lepas

Ya Allah..berkatila hidup kami..limpahkan rezeki kami dan lapangkan dada kami untuk bersedekah.. Ya Allah aku mohon kesihatan yang baik untuk keluarga kami dan sembuhkan anak kami Aqeel Aydil..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga ibadah di bulan ramadhan diterima Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan semua urusan dan berikan jodoh yang baik untuk ku

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.”

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NANG CINTAMANI

1 tahun yang lepas

YaAllah berikn kpdku doa sakti ajaib doa mustajab tanpa hijab Kabulkn semua doa ku Dan tunaikan segala harapan ku YaAllah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Mohon doa syifa untuk kesihatan saya. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: