Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Al Baghdadi (YAB) telah beroperasi secara rasmi pada 16 Disember 2011 untuk mencari dana pembiayaan Pengajian Al Quran secara PERCUMA. Program YAB terbahagi kepada tiga (3) teras utama iaitu Teras Pendidikan & Al Quran, Terasn Ekonomi & Kemanusiaan dan Teras Sosial & Kemasyarakatan. Melalui teras Pendidikan & Al Quran, lebih 30,000 peserta menerima manfaat melalui program Pendidikan Al Quran secara PERCUMA. Program ini diberikan kepada enam golongan iaitu anak yatim, saudara baru, orang asli, ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin.
Bagi Teras Ekonomi & Kemanusiaan, YAB telah menjalankan kempen seperti infaq air mineral, people food, infaq surau dan pelbagai lagi projek telah dilaksanakan. Akhir sekali, teras sosial & kemasyarakatan, fokus utama adalah membantu golongan mahasiswa B40 dalam projek Lunch Box, Laptop Mahasiswa dan tajaan yuran Mahasiswa
Hamba Allah
Ya Allah kurniakanlah kepadaku dan sahabatku Ammirul rezeki yg luas, halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan ahli keluarga kami. Kurniakanlah kami kesihatan yang sempurna, panjangkan umur kami sekeluarga, mudah mudahan kami dapat menggunakan kesihatan dan umur untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.
0 orang mengaminkan doa ini