YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Moga Allah SWT senantiasa menaungkan lembayung rahmat-Nya kepada semua

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AISYAH SOFIYA BINTI KHAIRUL AZAHAR

1 tahun yang lepas

Ampunkan dosa ku dosa kedua ibubapak ku dosa adikberadiku , keluargaku, sahabat2ku dan semua umat islam semoga kami kembali berkumpul di syurga firdausmu ya Allah , ya Allah lapang kan la dada ku supaya ilmu mu senang diterima ku ya Allah berjayakan la aku di dunia dan di akhirat demi ibu bapak ku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AISYAH SOFIYA BINTI KHAIRUL AZAHAR

1 tahun yang lepas

Ampunkan dosaku , dosa ibubapa ku dosa keluarga sahabat2 ku dan semua umat muslim , semoga kami semua dapat berkumpul kembali di syurga firdausmu nanti , lapangkan la dada ku supaya apa yang dipelajari mudah masuk , berikan la aku kejayaan di dunia dan diakahirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah leparkan kemaafan bagi semua orang yang hianat, fitnah, sihir, hina, menipu aku. Semoga mereka diberikan hidayah serta Taufik. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga mendapat manfaat dari sedekahku. Dan allah terima taubatku. Moga memdapat malam lailatul qadar

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

CARLTHINY RASJTHANIE BINTI ADI

1 tahun yang lepas

Doakan utk keluarga saya dimurahkan rezeki...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: