Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)
Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.
Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.
Hamba Allah
1. AMPUNKAN DOSA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. 2. DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK UMAT SELURUH DUNIA. 3. LAPANGKAN SEGALA KESULITAN DAN KESEDIHAN UMAT SELURUH DUNIA. 4. DAPATLAH KIRANYA DITURUNKAN REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA BERIKANLAH KEPADA UMAT SELURUH DUNIA. 5. AAMIIN...🤲🏿 😌
Anda mengaminkan doa ini
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Ya Allah Ya Baari permudahkn urusn mereka.Ya Allah Ya Rahmn Ya Rahim Ya Karim Ya Latif alirkn pahala ini atas kedua ibubapaku,suamiku,ank²ku, adik beradikku,seluruh ketrunanku,sahabt²ku,guru²ku, muslimin muslimat,mukminin mukmint.Ya Allah Ya Wahab Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn kesihtn yg baik,rezeki seluas langitMu,rezeki yg blh mbantu aku bdakwah kejlnMu dunia akhirt.amin
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampunilah segala dosa²ku & terimalah taubatku. Jadikanlah aku seorg yg taat & istiqomah dlm melakukan ibadahMu. Kurniakanlah rahmat & redhaMu terhadapku. Matikanlah aku dlm khusnul khotimah. Permudahkanlah sakaratul mautku. Lepaskanlah aku dari siksa kubur & masukkanlah aku ke dlm syurga firdausMu tanpa azab & hisab. Mudah²an aku termasuk dlm golongan org² yg menerima syafaat Rasulullah.
Anda mengaminkan doa ini