YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

HAFIZAH

1 tahun yang lepas

Ampunkanlah segala dosa kami, kuatkanlah iman kami, matikan kami dalam iman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga uangku mencukupi, sehingga akhir bulan. #simpan xkaya, bagi xmiskin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Doakan kesejahteraan kami sekeluarga dan dapat menjejakkan kaki ke Tanah suci Mekah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah kurniakan keredhaan hidup di dunia & akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHARIDZUAN SALIM

1 tahun yang lepas

Ya Allah..kau makbulkan doa2 Sharidzuan Salim di sepanjang hidupnya.. Kau luaskan rezeki kami & berkati hidup kami.. Ampuni dosa kami & sihatkan tubuh kami.. Kau kurniakan anak aku Aqeel Aydil dengan pertuturan & tingkah laku seperti kanak2 normal yang lain.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHARIDZUAN SALIM

1 tahun yang lepas

Ya Allah..kau makbulkan segala doa2 Sharidzuan Salim.. Kau rahmati & berkati hidup kami sekeluarga & murahkan rezeki kami.. Kau kurniakan anak aku Aqeel Aydi dengan pertuturan sempurna dan kesihatan yang baik seperti kanak2 normal yang lain..Amin ya rabbal Alamin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: