YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah!berkatilah kehidupan kami sekeluarga di dunia dan akhirat, sembuhkan segala penyakit dan luka pada kami, kurniakan kami kesihatan yg baik dan rezeki yg halal, pelihara dan lindungi kami didunia dan akhirat dan berilah kejayaan apa jua perkara yg kami lakukan...Aammiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah, Ku Mohon Sempurnakanlah Infaqku, Tunaikan Hajatku & Ampunilah Dosa Kedua IbuBapaku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah, permudahkan urusanku dan suami ku beserta keluargaku. Kurniakan kami zuriat yg baik dan rezeki yg tidak putus supaya dpt membantu kedua ibubapaku. Lembutkanlah hati adik beradikku, dan satukan lah kami kembali. Permudahkan urusan dan terima lah taubat org org yg umat umat islam yang lain. Amin Amin Ya Rabb

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah, Kau lembutkan lah hati anak-anak ku. Jadikan lah mereka anak yang soleh dan solehah. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah Engkau permudahkanlah segaa urusan hidupku berilah aku jalan lurusMu dan Tunjukkanlah aku Jalan mencari Redha atas segala Rezekimu..dan Engkau Makbulkan la segala doa Ibuku. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

YA allah permudahkan segala urusanku dan luruskan niatku serta berikanlah aku jalan dalam mencari rezeki yang Halal dan Engkau makbulkan la semua doa ibuku..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: