YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa2 kedua ibu bapa ku, dosa2 ku, dosa seluruh ahli keluargaku dan dosa seluruh umat islam. Matikan kami dalam kalangan beriman dan berikanlah kami husnul khatimah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

TAN SUE MEI

1 tahun yang lepas

Tolong doakan agar seisi keluarga semua baik baik, sihat sihat,dipanjangkan umur,segala urusan kerja dipermudahkan,keberkatan dan rezeki bertambah,semoga hajat hajat dimakbulkan segera

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan lah hajat2 kami.. amin amin amin ya rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidikku sejak kecil lagi. رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كماربیانی صغيرا

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, makbulkan lah segala hajat2 kami ya Allah . Amin amin amin ya rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: