YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Kerana ALLAH SWT

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga segala hajat dihati dimakbulkan Allah. Allah pelihara kami dunia akhirat, beri kecemerlangan kpd kami atas segala usaha dan berikan rezeki yg tkputus putus buat kami dan ahli keluarga kami. Semoga allah sembuhkan segala penyakit kami. Allah maha esa.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga suamiku diberikan kesihatan & kekuatan dalam mencari nafkah untuk anak & isterinya. Semoga kami sekeluarga diberi kemudahan & kesabaran dalam melaksanakan tanggungjawab membesarkan anak. Semoga bisnes saya juga dipermudahkan & diperluaskan rezekinya, & diberi keberkatan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga arwah suamiku dilapangkan kuburnya, diampunkan segala dosa-dosanya & ditempatlan bersama para solihin. Semoga juga anak-anakku dimurahkan rezeki mereka, diberikan kesihatan & kebahagiaan di dunia & akhirat.Semoga diriku diberikan kesihatan berpanjangan agar dapat bersama keluarga dengan lebih lama. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah semoga Engkau permudah segala urusan kami, anak-anak kami, orang tua kami Dan semua ummat Nabi Muhammad. Murahkan rezeki kami Dan lancarkan rezeki kami ya Allah agar kami dapat bersedekah lebih banyak lagi. Aamiin Aamiin ya Allah 🤲🏻😔

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: