YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah dengan Keberkatan yang ada dalam sedeqah subuhku ini ampunilah segala dosa2ku, kedua org tuaku serta adik beradikku. Mudahkanlah kami dlm setiap urusan dunia dan akhirat kami Ya Rabb.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini & hari2 mendatang. Di mrahkan rezeki & senantiasa di RahmatNya. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..kurniakan kami redha dan rahmatMu Ya Allah..aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku Muslimin muslimat. Jauhkn kami dari azab kubur dan api neraka masukkan kami ke Syurga Firdaus tanpa dihisab. Terima Semua Amal Ibadat dan kebaikan kami semua. Ya Allah berilah taufik hidayah diredai diberkati dirahmati Mu kpd kami semua. Matikan kami husnulkhotimah ringankan sakaratulmaut kami. Kusyuksolatku patuh segala arhan jauhi laranganMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

semoga dipermudahkan rawatan cancer saya Dan semoga Allah mengampunkan dosa2 kedua ibu bapa saya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah! sesungguhnya aku memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: