YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Mohon diberi kesembuhan terhadap penyakit yang sedang dihadapi oleh saya dan keluarga sama ada penyakit yang kami sedari mahupun tidak sesungguhnya ALLAH Maha Menyembuhkan lagi Maha Mengetahui. amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURDEENA QAYYIM

3 tahun yang lepas

Semoga dilimpahkan rezeki agar dapat memberi dengan yang lain dan dipermudahkan segala urusan kita.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudah segala urusan ku dan orang yang selalu mendampingiku dan permudahkan urusan harian ku ya Allah. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkanlah segala urusan dan kurniakanlah pekerjaan dengan secepat yang mungkin. Ya Allah permudahkanlan urusan visa ini semoga dapat kelulusan dengan secepat yang mungkin. Amin Ya Rabbal Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.., permudahkanlah segala urusan saya dan keluarga di dunia dan di akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: