YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, makbulkan lah perhohonan kami, amin amin amin ya rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga keluarga farah adilah mohd nor sentiasa dipermudahkan urusan Dan dimurahkan rezeki yg melimpah ruah Dan berkat serta dipermudahkan segala urusan di akhirat dan meraih syurga Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Bismillah ya allah permudahkan urusan ku ..lindungi aku dari segala musibah ..berikan kami keberkatan di spjg hri..amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga kami sekeluarga di murah kan rezeki dan mengalirkan rezeki kami seperti air,kesihatan yg baik dan dibawah lindungan allah s.w.t dan permudahkan lah segala urusan kami di dunia dan akhirat ,

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga sya dan keluarga dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkn urusan didunia n akhirat,lindungi dan sihat kami sekeluarga dari sakit penyakit yang merbahaya,bala bencana,malapetaka dan selalu berkongsi rezeki

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah kurniakan rezeki yg tak disangka2, lapangkan setiap kesulitan dan hapuskan bebanan hutang yg ada.. Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: