YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD ZUKRI BIN MD AMIN

3 tahun yang lepas

Semoga keluarga dan anak-anak saya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, menjaga solat, dipanjangkan usia serta selamat dunia akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD AFIFF KHAIRUL BAHARI ADIBAH AMALIA AINI

3 tahun yang lepas

Ya Allah kau permudahkanlah perniagaanku lariskanlah perniagaanku semoga ia menjadi asbab kebaikan yg berterusan. Jadikanlah anak2 Ku khairul Bahari Adibah hanum Amalia aini serta cucuku Nayla Inara anak2 yg soleh Dan solehah Dan yg memahami agama Islam sebaiknya Dan yg berakhlak mulia aamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YaAllah ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku Muslimin muslimat. Jauhkn kami dari azab kubur dan api neraka masukkan kami ke Syurga Firdaus tanpa dihisab. Terima Semua Amal Ibadat dan kebaikan kami semua. Ya Allah berilah taufik hidayah diredai diberkati dirahmati Mu kpd kami semua. Matikan kami husnulkhotimah ringankan sakaratulmaut kami. Kusyuksolatku patuh segala arhan jauhi laranganMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga nurul farhana binti roslinda & keluarga sentiasa dlm lindungan Allah SWT. Diberikan kesihatan yg baik & matilah kami dlm Husnol Khotimah. .aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga saya terus istiqamah dalam melakukan kebaikan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang memerlukan didunia dan akhirat serta dilimpahkan rezeki seperti air yang mengalir. Amin ya rabbal alamin ya mujib 🤲🏻

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: