YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah berikan kesihatan yg baik buat ahli keluarga saya dan diberikan rezeki yang melimpah..dan sentiasa dlm lindungan Allah selalu..Aamiin🤲🏻

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH

3 tahun yang lepas

ya Allah tenangkanlah jiwaku dalam menghadapi segala dugaan ini..aamin..

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

❤️

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NATASYA MOHD NASIR

3 tahun yang lepas

Assalamualaikum. Semoga sumbangan sy ini spt membantu serba sedikit. Mohon doakan anak lelaki sy Wan Muhammad Faidhi 2tahun, sembuh dr sakit2 beliau.. InshaaAllah

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI NUR SARAH

3 tahun yang lepas

semoga saya dan keluarga kecil saya sentiasa dalam perlindungan Allah dan Allah jauhkan kami dari hamba-hambanya yang ingin memisahkan dan menyakiti kami..Aamiin aamiin Yarabbal’alamiin…

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: