YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

semoga diampunkan dosa kita semua , matikan kami dalam iman , ringankanlah siksa kubur kite nanti .

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

ya allah murahkan dan limpahkan rezeki kami sekeluarga. jadikan kami insan yg sentiasa bersyukur dgn rezeki yg kau beri. jadikan anak2 kami anak yg solehah dan taat perintahmu. lapangkan dan luaskan hati kami. lindungi kami dari segala musibah ya allah. aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR FAIZAH JAMALUDDIN

3 tahun yang lepas

Ya Allah ya tuhanku,..tunjukkanlah kekuasaanMu pada insan yang menzalimi, menganiaya dan mengkhinati diriku ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga kami sekeluarga mati dalam husnuk khatimah dan ditempatkan disyurga tanpa hisab

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah aku mohon redha ke atas diriku/anak2ku/ibubapaku, dan menerima taubat kami, matikan aku dlm iman, matikan aku dalam husnul khotimah, akhir kalimah di bibirku “Laa ilahailla Allah” dan moga aku/ibubapaku/anak2 serta keluarga mendiami SyurgaMu Ya Allah. Murahkanlah & kurnikanlah reziki yg berkah kepada ku & anak2ku, Selamatkn kami dunia/akhirat & selamatknlah kami dari fitnah dajjal

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah murahkan rezeki ku

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: