YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan mama saya aida roslina bt hasnah masuk syurga ameeennn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMED FAUZI BIN MAHMOOD

3 tahun yang lepas

Semoga kita memperoleh rahmat dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT pada hari jumaat yang mulia ini. Al-Fatihah untuk arwah ayah saya, Mahmood bin Arshad yang meninggal dunia pada 16/6/2022 lalu.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FARIDAH BINTI OSMAN

3 tahun yang lepas

Ampuni dosa kedua ibubapaku dosa saudara2.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampuni dosa kedua ibubapaku dosa saudara2

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik kpd ibubapa ku,suamiku,kaum keluarga ku serta umat islam yg lain...mudahkan segala urusan kami, Aamiinn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku Muslimin muslimat. Berilah pengakhiran yg terbaik bgi kami, Matikan kami husnulkhotimah,jauhkan kami dari azab kubur, api neraka masukkan kami ke SyurgaMu tanpa dihisab. Terima ibadat Amal soleh, kebaikan yg kami lakukan. Engkau berkati, redai, rahmati kami di Dunia, Barzakh, Akhirat kelak.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: