Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)
Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.
Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.
Hamba Allah
Ya Allah ampunkanlah dosa dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku dan seluruh umat islam. Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah. Tempatkanlah kami dlm syurgamu. Jauhkanlah kami dari azab kubur dan siksaan api nerakamu. Berikanlah kesihatan yg baik kepada kedua ibu bapaku. Permudahkanlah urusanku bertemu jodohku.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 mereka, kurniakan syurga firdausi tanpa hisab tanpa azab kpd arwah ma,mok,ayah,ayah soh,su,took leh ,serta abah serta umat nabi Muhammad s.a.w, diterima segala amalan mereka , dijauhkan azab kubur Dan azab neraka mendapat redha Allah mendapat syafaat rasulullah ditempat Kan bersama roh2 para solehin Dan berada ditaman2 syurga aamin
0 orang mengaminkan doa ini