YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampunkanlah dosa² saya, arwah kedua ibubapaku dan suamiku serta saudara sesama islam. Semoga tuhan permudahkan segala urusan saya dan keluarga dan dimurahkan rezeki kami...amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah sekiranya ada pahala dalam sumbangan ini.. hadiahkan lah kepada arwah ibu ku.. ampunilah segala dosa2 nya.. terimalah amal ibadahnya semasa didunia.. lapangkan lah kuburnya.. tempatkanlah dia dikalangan yg beriman.. amiinn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROHANI BINTI MD SHAH

3 tahun yang lepas

Sedekah atas nama Mohd Razali Osman .

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan Allah.. AllahumasollialasaiyidinaMuhammad..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan segala doa2ku semoga infaq ini mgalir sehingga ke akhirat kelak, berikan keselamatan kepada suami, anak Dan seluruh keluarga kami. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di Dunia Dan akhirat, matikan kami dlm husnul khotimah Dan syahid. Tetapkan Iman Dan hati kami kepada Islam sehingga Akhir nyawa kami, lindungi & selamatkan kami Dr Dajjal & yajuj majuj. Kurniakan syurga utk kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

❤️

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: