YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah dgn berkat hari Jumaat 8 Zulhijah, kau terima la segala amalan ku, tetapkan la hatiku pada Mu. kau ampuni lah segala dosa2 ku, ahli keluarga ku, sahabat2 ku. Semoga diangkat segala sakit yg dihidapi ayahku. Aminn.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..ampunkan dosa ku dan dosa kedua ibu bapa ku

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga di permudahkan urusan di dunia Dan di akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan lah permintaan kami, amin amin amin ya rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allahyarham Mohd Jazmin bin Malek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dianugerahkan husnul khatimah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin Ya Rabbal Alamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan segala doa2ku semoga infaq ini mgalir sehingga ke akhirat kelak, berikan keselamatan kepada suami, anak Dan seluruh keluarga kami. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di Dunia Dan akhirat, matikan kami dlm husnul khotimah Dan syahid. Tetapkan Iman Dan hati kami kepada Islam sehingga Akhir nyawa kami, lindungi & selamatkan kami Dr Dajjal & yajuj majuj. Kurniakan syurga utk kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: