Belum berdaftar? Daftar sekarang!
YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990.
Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.
Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti Sinar Kasih Ramadhan, Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI), Dapur YBK, Santuni Gelandangan, dan pelbagai lagi.
YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'.
Hamba Allah
Ya Allah ampunkan dosaku, keluargaku dan seluruh umat nabi Muhammad. Haramkan atas kami api neraka. Mudahkan urusan hidup kami di dunia, kubur dan akhirat. Lindungilah kami semua dr segala bala. Sembuhkan penyakit ibuku dan anak2ku
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, kurniakanlah kami syurgaMu dengan rahmatMu, janganlah Engkau bolak balikkan hati kami sesudah Engkau memberikan kami hidayah, lindungilah kami dari azab neraka Mu, sesungguhnya hanya padaMu kami memohon.. amin..
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Arwah Baharom bin Mohd Ali, Abidah Bt Johari, Saodah bt Aminah, Omar bin hawa, adik beradik dan nenek moyang... Saya dan siti Nur areesa... dengan mana mana Guru guru saya menuntut ilmu.. Ampun la dosa ya Allah keberkatan dalam bulan Ramadhan ini... Terima la kami sebagai hamba Mu yang taat kepada Mu dan menjauhi segala larangan Mu..
0 orang mengaminkan doa ini